Ratib Haddad
Ratib Al-Haddad ini mengambil nama
sempena nama penyusunnya, iaitu Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad, seorang
pembaharu Islam (mujaddid) yang terkenal. Daripada doa-doa dan zikir-zikir
karangan beliau, Ratib Al-Haddad lah yang paling terkenal dan masyhur. Ratib
yang bergelar Al-Ratib Al-Syahir (Ratib Yang Termasyhur) disusun berdasarkan
inspirasi, pada malam Lailatul Qadar 27 Ramadhan 1071 Hijriyah (bersamaan 26
Mei 1661).
Ratib ini disusun bagi menunaikan
permintaan salah seorang murid beliau, ‘Amir dari keluarga Bani Sa’d yang
tinggal di sebuah kampung di Shibam, Hadhramaut. Tujuan ‘Amir membuat
permintaan tersebut ialah bagi mengadakan suatu wirid dan zikir untuk amalan
penduduk kampungnya agar mereka dapat mempertahan dan menyelamatkan diri daripada
ajaran sesat yang sedang melanda Hadhramaut ketika itu.
Pertama kalinya Ratib ini dibaca ialah
di kampung ‘Amir sendiri, iaitu di kota Shibam setelah mendapat izin dan ijazah
daripada Al-Imam Abdullah Al-Haddad sendiri. Selepas itu Ratib ini dibaca di
Masjid Al-Imam Al-Haddad di Al-Hawi, Tarim dalam tahun 1072 Hijriah bersamaan
tahun 1661 Masehi. Pada kebiasaannya ratib ini dibaca berjamaah bersama doa dan
nafalnya, setelah solat Isya’. Pada bulan Ramadhan ia dibaca sebelum solat
Isya’ bagi mengelakkan kesempitan waktu untuk menunaikan solat Tarawih.
Mengikut Imam Al-Haddad di kawasan-kawasan di mana Ratib al-Haddad ini
diamalkan, dengan izin Allah kawasan-kawasan tersebut selamat dipertahankan
daripada pengaruh sesat tersebut.
Apabila Imam Al-Haddad berangkat
menunaikan ibadah Haji, Ratib Al-Haddad pun mula dibaca di Makkah dan Madinah.
Sehingga hari ini Ratib berkenaan dibaca setiap malam di Bab al-Safa di Makkah
dan Bab al-Rahmah di Madinah. Habib Ahmad bin Zain Al-Habsyi pernah menyatakan
bahawa sesiapa yang membaca Ratib Al-Haddad dengan penuh keyakinan dan iman
dengan terus membaca “ La ilaha illallah” hingga seratus kali (walaupun
pada kebiasaannya dibaca lima puluh kali), ia mungkin dikurniakan dengan
pengalaman yang di luar dugaannya.
Beberapa kebezaan boleh didapati di
dalam beberapa cetakan ratib Haddad ini terutama selepas Fatihah yang terakhir.
Beberapa doa ditambah oleh pembacanya. Al Marhum Al-Habib Ahmad Masyhur bin
Taha Al-Haddad memberi ijazah untuk membaca Ratib ini dan menyarankannya dibaca
pada masa–masa yang lain daripada yang tersebut di atas juga di masa keperluan
dan kesulitan. Mudah-mudahan sesiapa yang membaca ratib ini diselamatkan Allah
daripada bahaya dan kesusahan. Ameen.
Ketahuilah bahawa setiap ayat, doa, dan
nama Allah yang disebutkan di dalam ratib ini telah dipetik daripada Al-Quran
dan hadith Rasulullah S.A.W. Terjemahan yang dibuat di dalam ratib ini,
adalah secara ringkas. Bilangan bacaan setiap doa dibuat sebanyak tiga kali,
kerana ia adalah bilangan ganjil (witir). Ini ialah berdasarkan saranan Imam
Al-Haddad sendiri. Beliau menyusun zikir-zikir yang pendek yang dibaca berulang
kali, dan dengan itu memudahkan pembacanya. Zikir yang pendek ini, jika dibuat
selalu secara istiqamah, adalah lebih baik daripada zikir panjang yang dibuat
secara berkala atau cuai[1]. Ratib ini berbeza daripada
ratib-ratib yang lain susunan Imam Al-Haddad kerana ratib Al-Haddad ini disusun
untuk dibaca lazimnya oleh kumpulan atau jamaah. Semoga usaha kami ini
diberkahi Allah.
الراتب الشهير
للحبيب عبد الله بن
علوي الحداد
Ratib Al Haddad
Moga-moga Allah
merahmatinya [Rahimahu Allahu Ta’ala]
يقول القارئ: الفَاتِحَة إِلَى حَضْرَةِ سَيِّدِنَا وَشَفِيعِنَا وَنَبِيِّنَا
وَمَوْلانَا مُحَمَّد صلى الله عليه وسلم - الفاتحة-
Bacalah Al-Fatihah
kepada ketua, penyshafaat, nabi dan penolong kita Muhammad s.a.w
1.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. اَلرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ. ماَلِكِ
يَوْمِ الدِّيْنِ إِيِّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ. اِهْدِنَا الصِّرَاطَ
الْمُسْتَقِيْمَ. صِرَاطَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ
وَلاَ الضَّآلِّيْنَ. آمِيْنِ
1.
Dengan nama Allah,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi
Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Yang Maha Pemurah,
lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah
sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon
pertolongan. Tunjuklah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang
Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang
Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Diriwayatkan oleh
Abu Sa’id ibn al-Mu’lla r.a.: “Sukakah kamu jika aku ajarkan sebuah Surah
yang belum pernah diturun dahulunya, baik dalam Injil mahupun Zabur dan Taurat?
Ia adalah Al-Fatihah.
Surah 15 Al-Hijr :
Ayat 87: “Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh
ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang am at besar kemuliaan dan faedahnya.”
2. اَللهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ لاَ تَأْخُذُهُ
سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّموَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِيْ
يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيْهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ
وَلاَ يُحِيْطُوْنَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَآءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ
السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُدُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ العَلِيُّ العَظِيْمُ.
2.
Allah, tiada Tuhan
melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya. Yang tidak mengantuk
usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi. Tiada
sesiapa yang dapat memberi syafaat di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Yang
mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka,
sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang
Allah kehendaki. Luasnya Kursi Allah meliputi langit dan bumi; dan tiadalah
menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah
Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar.
(Surah
2 al-Baqarah Ayat 255 Ayat-al-Kursi)
Ayatul Kursi ini
mengandungi khasiat yang besar. Terdapat 99 buah hadith yang menerangkan
fadhilahnya. Di antaranya ialah untuk menolak syaitan, benteng pertahanan,
melapangkan fikiran dan menambahkan iman.
3. آمَنَ الرَّسُوْلُ بِمَآ أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّه وَالْمُؤْمِنُوْنَ
كُلٌّ آمَنَ بِاللهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ
مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْناَ وَأَطَعْناَ غُفْراَنَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيْرُ.
3.
Rasulullah telah
beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga
orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan
Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Katakan): “Kami
tidak membezakan antara seorang rasul dengan rasul-rasul yang lain".
Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu
wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”
(Surah 2: Al
Baqarah Ayat 285)
Diriwayatkan
daripada Abu Mas'ud al-Badri r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Dua
ayat terakhir dari surah al-Baqarah, memadai kepada seseorang yang membacanya
pada malam hari sebagai pelindung dirinya.
4. لاََ يُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا
لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَآ إِنْ نَسِيْنَآ
أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى
الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَالاَ طَاقَةَ
لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنآ أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْناَ
عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ.
4. Allah tidak
memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala atas
kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa atas kejahatan yang
diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai
Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat
sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu
daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang
kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah
dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah
kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”
(Surah
2: al-Baqarah Ayat 286)
Dari Muslim,
diriwayatkan daripada Abdullah ibn Abbas r.a.: Apabila Jibril sedang duduk
dengan Rasulullah s.a.w., dia mendengar bunyi pintu di atasnya. Dia mengangkat
kepalanya lalu berkata: “Ini ialah bunyi sebuah pintu di syurga yang tidak
pernah dibuka.” Lalu satu malaikat pun turun, dan Jibril berkata lagi, “Ia
malaikat yang tidak pernah turun ke bumi” Malaikat itu memberi salam lalu
berkata, “Bersyukurlah atas dua cahaya yang diberi kepadamu yang tidak pernah
diberi kepada rasul-rasul sebelummu-“Fatihat al-Kitab dan ayat penghabisan
Surah al-Baqarah”. Kamu akan mendapat manfaat setiap kali kamu
membacanya.
5. لاَ إِلَهَ إِلاَّ
اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيْتُ
وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. (3X)
5.
Tiada Tuhan
Melainkan Allah, Yang satu dan tiada sekutu bagi- Nya. Bagi-Nya segala
kekuasaan, dan bagi-Nya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan yang
mematikan, dan Dia sangat berkuasa atas segala sesuatu (3X)
Dari
Bukhari, Muslim dan Malik, diriwayatkan daripada Abu Hurairah; Rasulullah s.a.w
berkata, “Sesiapa membaca ayat ini seratus kali sehari, pahalanya seperti
memerdekakan sepuluh orang hamba, Seratus kebajikan dituliskan untuknya dan
seratus keburukan dibuang darinya, dan menjadi benteng dari gangguan syaitan
sepanjang hari.”
6. سٌبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اْللهُ وَاللهُ
اَكْبَرُ. (3X)
6.
Maha suci Allah,
segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Tuhan Yang Maha
Besar. (3X)
Dari Muslim, diriwayatkan oleh Samurah ibn Jundah: Rasulullah s.a.w
bersabda: Zikir-zikir yang paling dekat di sisi Allah adalah empat, iaitu
tasbih, takbir, tahmid dan tahlil, tidak berbeza yang mana aturannya apabila
engkau berzikirullah.
7. سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحاَنَ اللهِ الْعَظِيْمِ.
(3X)
7.
Maha suci Allah
segala puji khusus bagi-Nya, Maha suci Allah Yang Maha Agung. (3X)
Dari Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w.
bersabda: Dua zikir yang mudah di atas lidah tetapi berat pahalanya dan
disukai oleh Allah ialah: 'SubhanAllah al-Azim dan 'SubhanAllah wa
bihamdihi.'”
8. رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ
الرَّحِيْمُ. (3X)
8.
Ya Allah ampunlah
dosaku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha
Penyayang. (3X)
Surah 4: An-Nisa’;
Ayat 106: “Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah; kerana sesungguhnya
Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Sila rujuk juga
Surah 11: Hud; Ayat 90
9. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّمْ.
(3X)
9.
Ya Allah, cucurkan
selawat ke atas Muhammad, Ya Allah, cucurkan selawat ke atasnya dan
kesejahteraan-Mu. (3X)
Surah
33; Al-Ahzab, Ayat 56: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas
Nabi; wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta
ucapkanlah salam dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Dari Muslim,
diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa berselawat
kepadaku sekali, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali.
10.
أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّاتِ مِنْ شَرِّمَا خَلَقَ. (3X)
10.
Aku berlindung
dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk-Nya. (3X)
Dari Abu Dawud dan
Tirmidhi, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca doa ini tiga
kali, tiada apa-apa malapetaka akan terjatuh atasnya.”
11. بِسْـمِ اللهِ الَّذِي
لاَ يَضُـرُّ مَعَ اسْـمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي الْسَّمَـآءِ وَهُوَ الْسَّمِيْـعُ
الْعَلِيْـمُ. (3X)
11.
Dengan nama Allah
yang dengan nama-Nya tiada suatu pun, baik di bumi mahupun di langit dapat
memberi bencana, dan Dia Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui. (3X)
Dari Ibn Hibban; Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“Hamba-hamba Allah yang membaca doa ini pada waktu pagi dan petang tiga kali,
tiada apa jua kesakitan akan dialaminya.”
12.
رَضِيْنَـا بِاللهِ رَبًّا وَبِالإِسْـلاَمِ دِيْنـًا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيّـًا.
(3X)
12.
Kami redha Allah
sebagai Tuhan kami, Islam sebagai Agama kami dan Muhammad sebagai Nabi
kami. (3X)
Surah 3: Ali-Imran Ayat 19: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di
sisi Allah ialah Islam.
Dari Abu Daud dan
Tirmidzi; Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca ayat ini di pagi dan
petang hari akan masuk ke syurga.”
13. بِسْمِ اللهِ وَالْحَمْدُ
لِلَّهِ وَالْخَيْرُ وَالشَّـرُّ بِمَشِيْئَـةِ اللهِ. (3X)
13.
Dengan Nama Allah,
segala pujian bagi-Nya, dan segala kebaikan dan kejahatan adalah kehendak
Allah.
(3X)
Diriwayatkah oleh
Abu Hurairah: Rasulullah s.a.w. bersabda: Wahai Abu Hurairah, bila kamu keluar
negeri untuk berniaga, bacakan ayat ini supaya ia membawa kamu ke jalan yang
benar. Dan setiap perbuatan mesti bermula dengan ‘Bismillah’ dan
penutupnya ialah “Alhamdulillah”.
14. آمَنَّا بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ تُبْناَ إِلَى اللهِ باَطِناً وَظَاهِرًا.
(3X)
14.
Kami beriman
kepada Allah dan Hari Akhirat, dan kami bertaubat kepada Allah batin dan zahir.
(3X)
Surah at-Tahrim
Ayat 8: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan
“Taubat Nasuha”.
Diriwayatkan oleh
Ibn Majah: Rasulullah bersabda: Orang yang bertaubat itu adalah kekasih Allah.
Dan orang yang bertaubat itu ialah seumpama orang yang tiada apa-apa dosa.”
15.
يَا رَبَّنَا وَاعْفُ عَنَّا وَامْحُ الَّذِيْ كَانَ مِنَّا. (3X)
15.
Ya Tuhan kami,
maafkan kami dan hapuskanlah apa-apa (dosa) yang ada pada
kami. (3X)
Dari
Tirmidhi dan Ibn Majah: Rasulullah s.a.w. berada di atas mimbar dan menangis lalu
beliau bersabda: Mintalah kemaafan dan kesihatan daripada Allah, sebab setelah
kita yakin, tiada apa lagi yang lebih baik daripada kesihatan
Surah 4: An-Nisa’:
Ayat 106: “Dan hendaklah engkau memohon keampunan kepada Allah; sesungguhnya
Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
16. ياَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْراَمِ أَمِتْناَ عَلَى دِيْنِ الإِسْلاَمِ.
(7X)
16.
Wahai Tuhan yang
mempunyai sifat Keagungan dan sifat Pemurah, matikanlah kami dalam agama Islam
. (7X)
Sila rujuk ke no. 12. Moga-moga
kita dimatikan dalam keadaan Islam.
Dan dari Tirmidhi,
Rasulullah s.a.w. menyatakan di dalam sebuah hadith bahawasanya sesiapa yang
berdoa dengan nama-nama Allah dan penuh keyakinan, doa itu pasti dikabulkan
Allah.
17. ياَ قَوِيُّ ياَ مَتِيْـنُ إَكْفِ شَرَّ الظَّالِمِيْـنَ. (3X)
17.
Wahai Tuhan yang
Maha Kuat lagi Maha Gagah, hindarkanlah kami dari kejahatan orang-orang yang
zalim. (3X)
Seperti di atas
(16); Merujuk hadith Rasulullah s.a.w, sesiapa yang tidak boleh mengalahkan
musuhnya, dan mengulangi Nama ini dengan niat tidak mahu dicederakan akan bebas
dari dicederakan musuhnya.
18. أَصْلَحَ اللهُ أُمُوْرَ الْمُسْلِمِيْنَ صَرَفَ اللهُ شَرَّ الْمُؤْذِيْنَ.
(3X)
18.
Semoga Allah
memperbaiki urusan kaum muslimim dan menghindarkan mereka dari kejahatan
orang-orang yang suka menggangu. (3X)
Diriwayatkan oleh
Abu Darda’ bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada seorang mukmin pun
yang berdoa untuk kaumnya yang tidak bersamanya, melainkan akan didoakan oleh
Malaikat, “Sama juga untukmu”.
19. يـَا عَلِيُّ يـَا كَبِيْرُ
يـَا عَلِيْمُ يـَا قَدِيْرُ
يـَا سَمِيعُ يـَا بَصِيْرُ يـَا لَطِيْفُ
يـَا خَبِيْرُ. (3X)
19.
Wahai Tuhan Yang
Maha Mulia, lagi Maha Besar, Yang Maha Mengetahui lagi Sentiasa Sanggup, Yang
Maha Mendengar lagi Melihat. Yang Maha Lemah-Lembut lagi Maha
Mengetahui
(3X)
Surah 17: Al
Israil: Ayat 110: “Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama “Allah” atau
“Ar-Rahman”, yang mana sahaja kamu serukan; kerana Allah mempunyai banyak nama
yang baik serta mulia. Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau
sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu
cara yang sederhana antara itu."
20. ياَ فَارِجَ الهَمِّ يَا كَاشِفَ الغَّمِّ يَا مَنْ لِعَبْدِهِ يَغْفِرُ
وَيَرْحَمُ. (3X)
20.
Wahai Tuhan yang
melegakan dari dukacita, lagi melapangkan dada dari rasa sempit. Wahai Tuhan
yang mengampuni dan menyayangi hamba-hamba-Nya.
(3X)
Dari Abu Dawud,
diriwayatkan daripada Anas ibn Malik: “Ketika saya bersama Rasulullah s.a.w.,
ada seseorang berdoa, “Ya Allah saya meminta kerana segala pujian ialah
untuk-Mu dan tiada Tuhan melainkan-Mu, Kamulah yang Pemberi Rahmat dan yang
Pengampun, Permulaan Dunia dan Akhirat, Maharaja Teragung, Yang Hidup dan Yang
Tersendiri”.
Rasulullah s.a.w.
bersabda: “Dia berdoa kepada Allah menggunakan sebaik-baik nama-nama-Nya, Allah
akan memakbulkannya kerana apabila diminta dengan nama-nama-Nya Allah akan memberi.
21.
أَسْتَغْفِرُ اللهَ رَبَّ الْبَرَايَا أَسْتَغْفِرُ اللهَ مِنَ الْخَطَاياَ.(4X)
21.
Aku memohon keampunan Allah
Tuhan Pencipta sekalian makhluk, aku memohon keampunan
Allah dari sekalian kesalahan. (4X)
Surah 4: An-Nisa’:
Ayat 106: “Dan hendaklah engkau memohon keampunan daripada Allah; sesungguhnya Allah itu Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Surah 11: Hud:
Ayat 90: “Dan mintalah keampunan Tuhanmu, kemudian
kembalilah taat kepada-Nya. Sesungguhnya
Tuhanku Maha Mengasihani, lagi Maha Pengasih”
22. لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ.
(50X)
22.
Tiada Tuhan
Melainkan Allah (50X)
Komentar tentang
kalimah tauhid sangat panjang. Kalimah “La ilaha illallah” ini adalah kunci
syurga. Diriwayatkan oleh Abu Dzar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah
tidak membenarkan seseorang masuk ke neraka jikalau dia mengucapkan kalimah
tauhid ini berulang-ulang kali.”
23. مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ وَشَرَّفَ
وَكَرَّمَ وَمَجَّدَ وَعَظَّمَ وَرَضِيَ اللهُ تَعاَلَى عَنْ آلِ وَأَصْحَابِ رَسُوْلِ
اللهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالتَّابِعِيْنَ وَتَابِعِ التَّابِعِيْنَ بِإِحْسَانٍ مِنْ يَوْمِنَا
هَذَا إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ وَعَلَيْناَ مَعَهُمْ وَفِيْهِمْ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ
الرَّاحِمِيْنَ.
23.
Muhammad
Rasulullah, Allah Mencucurkan Selawat dan Kesejahteraan
keatasnya dan keluarganya. Moga-moga
dipermuliakan, diperbesarkan, dan diperjunjungkan kebesarannya. Serta Allah
Ta'ala meredhai akan sekalian keluarga dan sahabat Rasulullah, sekalian tabi'in
dan yang mengikuti mereka dengan kebaikan dari hari ini sehingga Hari Kiamat,
dan semoga kita bersama mereka dengan rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih
daripada yang mengasihani.
24.
بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ.
قُلْ هُوَ اللهُ أَحَـدٌ. اَللهُ الصَّمَـدُ. لَمْ يَلِـدْ وَلَمْ يٌوْلَـدْ.
وَلَمْ يَكُـنْ لَهُ كُفُـوًا أَحَـدٌ. (3X)
24.
Dengan Nama Allah
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad): “Dialah
Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan segala permohonan; Ia tidak
beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang
sebanding dengan-Nya. Surah Al-Ikhlas (3X)
Dari Imam Bukhari,
diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-khudri; seseorang mendengar
bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia
datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya sebab dia
menyangka bacaan itu tidak cukup dan lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, “Demi
tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”
Dari Al-Muwatta',
diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah s.a.w,
lalu baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata,
“Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya Rasulallah?” Baginda menjawab,
“Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).
25.
بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ، مِنْ شَرِّ ماَ خَلَقَ، وَمِنْ شَرِّ
غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ، وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ، وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ
إِذَا حَسَد
25.
Dengan Nama Allah
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku
berlindung dengan Tuhan yang menciptakan cahaya subuh, daripada kejahatan
makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; dan daripada kejahatan malam apabila ia gelap
gelita; dan daripada (ahli-ahli sihir) yang menghembus pada simpulan-simpulan
ikatan; dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan
kedengkiannya”. Surah Al-Falaq
Diriwayatkan
daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w biasanya apabila ada salah
seorang anggota keluarga baginda yang sakit, baginda menyemburnya dengan
membaca bacaan-bacaan. Sementara itu, ketika baginda menderita sakit yang
menyebabkan baginda wafat, aku juga menyemburkan baginda dan mengusap baginda
dengan tangan baginda sendiri, kerana tangan baginda tentu lebih banyak
berkatnya daripada tanganku.
26.
بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاسِ، مَلِكِ النَّاسِ، إِلَهِ النَّاسِ،
مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ، اَلَّذِيْ يُوَسْوِسُ فِي صُدُوْرِ النَّاسِ،
مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ.
26.
Dengan Nama Allah
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku
berlindung dengan Tuhan sekalian
manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh
sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang
melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, dari kalangan jin dan
manusia”. Surah An-Nas
Dari Tirmidhi
diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; Nabi Muhammad s.a.w selalu meminta
perlindungan daripada kejahatan jin dan perbuatan hasad manusia. Apabila surah
al-falaq dan an-nas turun, baginda ketepikan yang lain dan membaca ayat-ayat
ini sahaja.
27.
اَلْفَاتِحَةَ
إِلَى رُوحِ سَيِّدِنَا الْفَقِيْهِ الْمُقَدَّمِ مُحَمَّد بِن
عَلِيّ باَ عَلَوِي وَأُصُولِهِمْ وَفُرُوعِهِمْ وَكفَّةِ سَادَاتِنَا آلِ أَبِي عَلَوِي
أَنَّ اللهَ يُعْلِي دَرَجَاتِهِمْ فِي الْجَنَّةِ وَيَنْفَعُنَا بِهِمْ وَبِأَسْرَارِهِمْ
وَأَنْوَارِ هِمْ فِي الدِّيْنِ وَالدُّنْياَ وَالآخِرَةِ.
27.
Bacalah Al-fatihah kepada roh
Penghulu kita al-Faqih al-Muqaddam, Muhammad ibn Ali Ba’alawi, dan kepada asal-usul dan keturunannya, dan kepada semua
penghulu kita dari keluarga bani ‘Alawi, moga-moga Allah tinggikan darjat mereka di syurga, dan
memberi kita manfaat dengan mereka, rahsia-rahsia mereka, cahaya mereka di
dalam agama, dunia dan akhirat.
28.
اَلْفَاتِحَةَ
إِلَى أَرْوَاحِ ساَدَاتِنَا الصُّوْفِيَّةِ أَيْنَمَا كَانُوا فِي مَشَارِقِ
الأَرْضِ وَمَغَارِبِهَا وَحَلَّتْ أَرْوَاحُهُمْ - أَنَّ اللهَ يُعْلِي دَرَجَاتِهِمْ
فِي الْجَنَّةِ وَيَنْفَعُنَا بِهِمْ وَبِعُلُومِهِمْ وَبِأَسْرَارِهِمْ وَأَنْوَارِ
هِمْ، وَيُلْحِقُنَا بِهِمْ فِي خَيْرٍ وَعَافِيَةٍ.
28.
Bacalah al-fatihah kepada roh-roh Penghulu kita
Ahli Ahli Sufi, di mana saja roh mereka berada, di timur atau barat, moga moga
Allah tinggikan darjat mereka di syurga,
dan memberi kita manfaat dengan mereka, ilmu-ilmu mereka, rahsia-rahsia mereka,
cahaya mereka, dan golongkan kami bersama mereka dalam keadaan baik dan afiah.
29.
اَلْفَاتِحَةَ
إِلَى رُوْحِ صاَحِبِ الرَّاتِبِ قُطْبِ الإِرْشَادِ وَغَوْثِ الْعِبَادِ
وَالْبِلاَدِ الْحَبِيْبِ عَبْدِ اللهِ بِنْ عَلَوِي الْحَدَّاد وَأُصُوْلِهِ وَفُرُوْعِهِ
أَنَّ اللهَ يُعْلِي دَرَجَاتِهِمْ فِي الْجَنَّة وَيَنْفَعُنَا بِهِمْ وَأَسْرَارِهِمْ
وَأَنْوَارِهِمْ بَرَكَاتِهِمْ فِي الدِّيْنِ وَالدُّنْياَ وَالآخِرَةِ.
29.
Bacalah fatihah
kepada roh Penyusun Ratib ini, Qutbil-Irshad, Penyelamat kaum dan
negaranya, Al-Habib Abdullah ibn Alawi Al-Haddad, asal-usul dan keturunannya, moga moga Allah
meninggikan darjat mereka di syurga, dan memberi kita manfaat dari mereka,
rahsia-rahsia mereka, cahaya dan berkat mereka di dalam agama, dunia dan akhirat.
30.
اَلْفَاتِحَة
إِلَى كَافَّةِ عِبَادِ اللهِ الصّالِحِينَ وَالْوَالِدِيْنِ وَجَمِيْعِ
الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ أَنْ اللهَ يَغْفِرُ
لَهُمْ وَيَرْحَمُهُمْ وَيَنْفَعُنَا بَأَسْرَارِهِمْ وبَرَكَاتِهِمْ
30.
Bacalah Fatihah
kepada hamba hamba Allah yang soleh, ibu bapa
kami, mukminin dan mukminat, muslimin dan muslimat, moga moga Allah mengampuni mereka dan merahmati mereka dan
memberi kita manfaat dengan rahsia rahsia dan barakah mereka.
31. (ويدعو القارئ):
31.
Berdoalah disini
apa yang di hajati. :
اَلْحَمْدُ اللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ
مَزِيْدَه، اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وأَهْلِ بَيْتِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلِّمْ. اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ بِحَقِّ الْفَتِحَةِ الْمُعَظَّمَةِ وَالسَّبْعِ
الْمَثَانِيْ أَنْ تَفْتَحْ لَنَا بِكُلِّ خَيْر، وَأَنْ تَتَفَضَّلَ عَلَيْنَا بِكُلِّ
خَيْر، وَأَنْ تَجْعَلْنَا مِنْ أَهْلِ الْخَيْر، وَأَنْ تُعَامِلُنَا يَا مَوْلاَنَا
مُعَامَلَتَكَ لأَهْلِ الْخَيْر، وَأَنْ تَحْفَظَنَا فِي أَدْيَانِنَا وَأَنْفُسِنَا
وَأَوْلاَدِنَا وَأَصْحَابِنَا وَأَحْبَابِنَا مِنْ كُلِّ مِحْنَةٍ وَبُؤْسٍ وَضِيْر
إِنَّكَ وَلِيٌّ كُلِّ خَيْر وَمُتَفَضَّلٌ بِكُلِّ خَيْر وَمُعْطٍ لِكُلِّ خَيْر يَا
أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْن.
Segala puji hanya
bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, segala puji
pujian bagi-Nya atas penambahan nikmat-Nya kepada kami, moga moga Allah mencucurkan selawat dan kesehahteraan
ke atas Penghulu kami Muhammad, ahli keluarga dan
sahabat-sahabat baginda. Wahai
Tuhan, kami memohon dengan haq (benarnya) surah fatihah yang Agung, iaitu tujuh
ayat yang selalu di ulang-ulang, bukakan untuk kami segala perkara kebaikan dan
kurniakanlah kepada kami segala kebaikan, jadikanlah kami dari golongan insan
yang baik; dan peliharakanlah kami Ya tuhan kami. sepertimana Kamu memelihara
hamba-hambaMu yang baik, lindungilah agama kami, diri kami, anak anak kami,
sahabat-sahabat kami, serta semua yang kami sayangi dari segala kesengsaraan,
kesedihan, dan kemudharatan. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pelindung dari seluruh
kebaikan dan Engkaulah yang mengurniakan seluruh kebaikan dan memberi kepada
sesiapa saja kebaikan dan Engkaulah yang Maha Pengasih dan Maha
Penyayang. Amin Ya Rabbal Alamin.
32. اَللَّهُمَّ إِنَّا
نَسْـأَلُكَ رِضَـاكَ وَالْجَنَّـةَ وَنَـعُوْذُ بِكَ مِنْ سَـخَطِكَ وَالنَّـارِ.
(3X)
32.
Ya Allah,
sesungguhnya kami memohon keredhaan
dan syurga-Mu; dan kami memohon perlindungan-Mu dari kemarahan-Mu dan api neraka. (3X)
Dari Tirmidhi dan Nasa’i, diriwayatkan daripada Anas ibn Malik: Rasulullah
s.a.w. bersabda, “Jikalau sesiapa memohon kepada Allah untuk syurga tiga kali,
Syurga akan berkata, “Ya Allah bawalah dia ke dalam syurga;” dan jikalau ia
memohon perlindungan dari api neraka tiga kali, lalu neraka pun akan berkata,
“Ya Allah berilah dia perlindungan dari neraka.”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar